Saturday, October 15, 2011

Seekor ulat dan sehelai daun hijau.

Kelihatan seekor ulat bergoyang goyang ditiup angin dicelah dedaun hijau.
   "Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut.
    Tersentak daun hijau lantas menoleh ke arah suara yang datang.
   "Oh,kamu ulat.Badanmu kelihatan kurus dan kecil,mengapa?"soal si daun hijau.
    "Aku hampir tidak mendapatkan daun untuk dijadikan makananku,bolehkah engkau membantuku wahai sahabat?!"tanya si ulat kecil.
    "Boleh!boleh! datanglah ke mari!"kata daun hijau.Daun hijau terfikir,jika dia memberikan sedikit daun ini kepada si ulat,dia akan tetap hijau.Hanya kelihatan berlubang lubang...tapi tak mengapalah !
    Perlahan-lahan si ulat kecil menggerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau,Setelah makan dengan kenyang,ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.
   Ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan yang mendalam dalam diri daun hijau.
    Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.
    Tidak lama kemudian ketika musim panas datang,daun hijau menjadi kering dan berubah warna.Akhirnya ia jatuh ke tanah ,disapu orang dan dibakar.
    Demikianlah kehidupan kita...hidup hanya sementara,kemudian kita akan mati .Jadikanlah sifat berkoraban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.
     Yang manakah yaang sering kita lakukan,menjadi ulat yang menerima kebaikan orang lain atau menjadi daun hijau yang sanggup berkorban apa saja? :) kalau saya,saya nak jadi dua dua ! hehe

No comments:

Post a Comment

thanks for reading