Thursday, August 18, 2011

X-Files : Ilusi Bunuh Diri di Bilik berpuaka.



Cuti musim panas tahun 1929 mengajar Leslie Grant supaya menjadi lebih peka dan perihatin terhadap isterinya,Joan Grant yang mengalami ilusi psikik yang luar biasa.
   Kisahnya bermula apabila pasangan suami isteri ni bercadang untuk bercuti di Belgium,lalu mereka menginap di sebuah hotel di tengah bandar Brusssels.
   Hotel 3 bintang tu menawarkan penginapan tambahan percuma  selama semalaman buat pelanggan yang telah menginap bagi tempoh  dua malam berturut turut.
   Tawaran menarik ni mendorong Leslie untuk mengambil pakej tersebut, tambahan pula sewa hotel yang begitu murah berbanding hotel -hotel lain yang berada di bandar Brusseles.
    Sebaik saja mendaftar masuk ke dalam hotel,isterinya mengomel kerana kelengkapan di hotel tersebut membuatkan dirinya tidak begitu selesa dan rimas.
  Joan(isteri) rasa tidak senang dengan persekitaran dalam bilik tersebut yang berkuap sehigga menyuarakan hasrat untuk keluar menginap di bilik lain.
  Bagaimanapun,Leslie tidak mengendahkan keluhan dan ketakutan  yang dialami isterinya itu dan menganggapnya sebagai karut.
    Selepas iti Leslie berlalu keluar menuju ke kedai runcit berhampiran untuk mendapatkan barangan keperluan dan makanan.
   Joan yang tinggal sendirian cuba menyurutkan perasaan takutnya dengan berendam air panas dalam tab mandi.Namun begitu, wanita ni masih merasa tak sedap hati dan berdebar debar ,selolah-olah ada sesuatu akan berlaku.
   Joan mandi tergesa gesa.Selesai mandiJoan berbaring atas katilnya .Beberapa ketika kemudian.tiba2 dia mengalami kejadian aneh.Sesuatu yang tak terduga berlaku pada pandangan ilusi matanya sendiri !
   Joan berasa sangat pening,ruang biliknya yang tadi luas tiba2 menjadi semakin sempit.Dia melihat seorang lelaki berbadan kurus ,berpakaian kemeja lusuh meluru keluar dari bilik air dan terus terjun dari tingkap.
  Joan tersentap lalu menjerit ketakutan ! Dia menunggu hingga bunyi jatuh berdebuk jasad lelaki tersebut, malangnya tiada satu bunyi jasad ataupun objek yang jatuh kedengaran.
  Tidak semena-mena,ilusi itu berlaku berkali-kali hingga membuatkan wanita ini tidak tentu arah.
  Joan cuba keluar,malangnya ilusinya itu telah mengaburi matanya mencari pintu keluar.Joan begitu tertekan,dia mahu keluar daripada ilusi tersebut.
  Akibat terlalu takut,Joan hampir mengikut kata hatinya untuk terjun dari tingkap sepeti yang dilakukan jasad lelaki tu tadi tatkala wanita itu terdesak mencari jalan keluar.
  Tapi,belum sempat Joan hendak terjun dari tingkap,tiba2 suaminya muncul dari belakang menahannya.Leslie terus membawa isterinya itu keluar dari bilik puaka tersebut.

 
Leslie menyelamatkan isterinya...Gambar hiasan.

 Rupa-ruanya 5 hari sebelum Joan menginap telah berlaku kejadian bunuh diri di bilik sama yang didiami pasangan berkenaan.
  Wajah lelaki berpakaian kemeja lusuh yang dilihat melalui ilusi Joan itulah mangsa yang membunuh diri akibat  tekanan jiwa semasa berada di hotel berkenan.


siapa sebenarnya yang mati terlebih dahulu dan terus menerus menghantui bilik tersebut ?
X-FILE


write by me, bahan : Mastika.
 p/s: Kuatkan la iman yang x seberapa nak kuat tu, dannnn berhati-hati di jalan raya HAHAHA well, tata assalamualaikum and peace no war bumi.  ;)

4 comments:

  1. menarik sinopsis die..ada filem x?

    ReplyDelete
  2. xgomar den xfile2 ni.. kdng bkn betul pun kan? huhu

    ReplyDelete
  3. ceyhh, hahaha, tp saya suka kot, :p

    ReplyDelete

thanks for reading