Sunday, August 14, 2011

Pemabuk lihat penzina diseksa di alam roh.



Malam jumaat itu sedang aku bersandar di dinding, tiba2 kedengaran suara orang bersalawat ke atas nabi dan keluarganya. Bunyi bacaan selawat itu begitu merdu dan mendayu dayu sehingga endebarkan dada ku.

Aku memasang telinga mencari arah bunyi selawat tu. tapi tidak tahu datangnya dari mana.Bunyinya seperti orang berbisik. Selawat tersebut terus diulang-ulang sebanyak 11 kali sebelum berhenti.
  sebaik bunyi selawat senyap,tiba2 ibu jari kaki kanan aku terasa sakit dan ngilu.Sakitnya seperti dicucuk jarum atau tercucuk duriSegala organ dalam badan juga sakit.Bagai disentap-sentap dari kedudukannya.
   dalam keadaan sedar itu, aku mula terasa khayal dan seperti ada sesuatu yang mahu keluar dari badan.
   tak lama kemudian aku rasa ada sesuatu keluar dari badan. Bila aku berpaling, aku terlihat jasad aku terbaring.Rupa-rupanya croh aku telah keluar dari jasad.
  Mimpikah aku ? tapi aku yakin ni bukan mimpi.Ia benar2 terjadi.
   selepas roh keluar dari baan, tiba2 aku mucul di suatu kawasan.Kawasan itu sangat lapang dan luas .Macam padang.tiada manusia,tumbuhan atau pokok yg tumbuh di situ,Kosong, hanya damparan yang terbentang luas.
   Tapi peliknya warna tanah di kawasan itu hitam pekat.Hitamnya x dapat aku gambarkan.tak pernah aku tgok warna sehitam itu selama hidup.
     Dalam keadaan itu tiba2 muncul 2 makhluk menyerupai manusia di hadapan aku, berpakaian seperti orang memakai Ihram.Jubahnya berwarna putih bersih.Kepala mereka ditutp dengan kain seperti serban.
   tetapi aku tidak tahu mereka lelaki atau perempuan.Sebabnya wajah mereka sangat bercahaya sehingga  mata aku silau bila mahu menatap wajah mereka.Cahannya begitu terang dan menyakitkan mata.
   Selepas itu,2 makhluk tadi menghampiri aku.Walaupun mereka x berkata-kata,tapi aku boleh faham apa yang mereka mahu aku lakukan.Kami seolah-oleh berinteraksi melalui hati,
   Ketika itu mereka meminta aku mengikut mereka berdua untuk diperihatkan sesuatu.
Tiba2 aku muncul kat satu tempat.Sebaik melihat kawasan itu,lutut aku menggeletar.Badan aku berpeluh.Suasana kat situ sangat menggerunkan.Takut...
   Di situ api marak merah menyala menjulang tinggi.Kawah2 berapi terbentang luas Di dalamnya terisi cecair seperti lahar gunung berapi yang menggelegak \.
   Walaupun aku tengok dari jauh, bahang api tu terasa begitu panas dan pedih.Kerana panasnya terasa kulit macam nak cair dari badan.Panasnya sukar untuk aku gambarkan.
  Kiri kanan aku gelombang api teus bergelora.Tiba2 aku dikejutkan bunyi teriakan suara orang meminta tolong.Suaranya bergema bak halilintar.
  "Tolong !!! Ampunkan... Tolong.." Bunyi suara itu bergema kerana pekikan itu bukan datang dari seseorang tapu begitu ramai manusia.
   Mata aku meliau mencari arah suara itu.Kemudian mata aku terpaku ke arah sekummpulan di suatu kawasan,Jumlahnya ramai.Lelaki dan perempuan.
  Di siti aku saksikan seksaan yang amat menakutkan.Aku melihat manusia berlari dalam keadaan tidak keruan sambil terpekik pekik meminta tolong.
   Di tangan mereka tergengam kemas sebuah cawan yg diperbuat daripada besi lutsinar.Segala isi dalamnya aku nampak.

  

  Di dalam cawan itu terisi cecair merah yang panas menggelegak sepeti lahar gunung berapi tadi.
   Kemudian aku lihat,semua manusia tadi meminum isi dalam cawan tersebut.Sebaik ditelan, terdengarlah suara kesakitan dan meminta tolong.
    "sAKIT !! Sakit !!.." pekik mereka.Seluruh alam bergema.
   Kemudian, aku diberitahu oleh dua makhluk Allah itu,itulah seksaan kepada manusia meminum arak.
  Melihatnya aku menggeletar ketakutan sebab aku pon minum arak.
Kemudian 2 makhluk Allah itu membawa aku ke tempat lain pula..
  Di situ aku terlihat jalan2 yg diturap oleh batu2 kerikil yang amat tajam.Batu2 tersebut tercacak tajam .Batu tersebut tercacak kukuh di atas jalan seperti jarum.
  Ketika itu aku terdengar suara wanita menjerit meminta tolong.
Bila aku perhatikan, wanita2 itu diseksa dengan diheret di atas jalan itu.Apabila diseret terkoyaklah segala isi tubuhnya.Akibat tajamnya  batu itu segala isi tubuh tertanggal sedikit demi sedikit.Pada masa yg sama menggelepar dan menjerit kesakitan.
  Selepas diheret muncul pula seketul batu besar seketul batu besar, kemudian batu itu menghempap tubuhnya sehingga hancur berkecai seperti digilis tayar lori.
    Bila sudah hancur,tubuh badan mereka tumbuh seperti sedia kala.Kemudia seksaan itu bermula lagi.Seksaan tu berlaki tanpa henti dan terus menerus.
   Dua makhluk Allah itu memberitahu aku.Itulah seksaan bagi wanita2 yang melakukan penzianaan.
   Aku begitu takut,tubuh aku menggeletar, seksaan itu terlalu pedih  untuk digambarkan.
Selepas tu aku di bawa pula ke tempat lain..Sebaik tiba,keadaanya berbeza dari tadi.Suasana di situ begitu aman dan nyaman..Hendak kata suhunya panas,tidak..,nak kata sejuk pon tak, keadaan di situ sangat seleasa.Sukar aku nak gambarkan.
  Disebabkan tertarik, aku nak turun ke tempat tu ,tapi aku dihalang,Mereka menyuruh aku melihat dari  jauh jee.
 Di kawasan itu aku melihat pokok2 tumbuh merimbun.Kawasannya begitu cantik.
  Di situ juga terdapat ramai manusia lelaki dan perempuan.Muka meraka bercahaya dan berseri-seri dan bercahaya.Wajah mereka begitu tenang dan seolah2 macam tak da masalah.Mereka sentiasa gembira dengan gelak tawa.
  Cara berpakaian pula seperti orang memakai Ihram.Ada berbagai warna, putih, kunig ada juga yg bersulamkan emas.
   Tidak kira lelaki atau perempuan, umur mereka semuanya hampir 30-an.Malah aku terdengar mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.
  Apakah tempat tu ? aku tak pasti...Adakah ianya syurga,aku sendiri tak tahu.Dua Makhluk Allah itu tidak menceritakanya  pada aku.
  Selepas tu,aku dibawa pulake sebuah tasik.Tasik tu begitu luas ,sayup ja mata memandang..Luasnya seolah olah tak de penghujunnya.Airnya pula begituuu jernih !
  Aku telah dicampak ke dalam tasik tu.Sebaik tubuh ku mencecah air,badan aku menggeletar seperti orang kesejukan.Tapi anehnya,nak kata tasik tu sejuk,tidak pula.Nak kata airnya panas atau suam,x jugak ? Aku tak dapat nak gambarkan.Keadaan tasik itu berbeza dari air yangterdapat di dunia ni.
  Semasa berada di dalam tasik.,aku tercium haruman yang sungguh wangi keluar dari tasik tersebut,Baunya cukup ahrum.Sukar aku nak bandingkan dengan wangian di dunia ni.


  Selapas diperlihatkan tasik tu,aku kembali ke alam nyata .Seluruh tubuh aku basah menggeletar ketakutan.Dua makhluk Allah yang membawa aku tadi pon ghaib.
   Adakah aku bermimpi ? tak ! Aku seadar apa yang berlaku.lagipun,sebelum berlaku, aku bukannya tidur.Malah aku merasa saat roh keluar dari badan,
   Malam tu aku termenung.Aku betul2 takut.Kejadian seksaan itu sangat menakutkan aku.Sebabnya aku pon minum arak.
   Arak adalah minuman harian aku.Satu hari kalau aku tak minum , aku menggeletar.Hidup aku macam tak lengkap.
   Tapi sebagaimana manusia yang lemah imannya,aku hanya mampu bertahan selama 3 hari selepas kejadian itu.Aku kembali minum arak,hisap dadah dan berjudi..
  Mungkin Allah sayangkan aku ,kejadian tu tak berakhir di situ.Malam jumaat berikutnya,aku alamai lagi kejadian yang sama.Dua orang lelaki tu tetep membawa aku aku melihat seksaan tersebut.I a berlaku sehingga 3 malam Jumaat berturut-turut.
   Selepas kejadian terakhir,suatu malam selepas berjumpa rakan,aku berjalan kaki pulang ke rumah.
Sedang berjalan , tiba tiba muncul seorang lelaki berpakaian serba putih di hadapan aku.Tapi wajah lelaki tu aku tak nampak sebab gelap.
  Kemudia lelaki itu berkata "Berubahlah..berubahlah..berubahlah !" lelaki itu menasihati sebanyak 3 kali dengan suara garau sebelum ghaib.
  Siapakah lelaki itu ? aku tak tahu ..
  Balik ke rumah, aku menggiggil ketakutan. Kata2 lelaki itu yang meminta kau berubah terngiang ngiang di telinga.Berdasarkan kisah yang diceritakan oleh uztaz2 yang aku dengar di dunia lagi Allah akan memberika balasan.
   Aku menjadi takut apabila membaca hadis.Rasullulah bersabda ; "Siapa meminum arak di dunia,Allah akan meminumkannya racun hitam yang menghancurkan daginnya dan mukanya sebelum dia meminumnya.Jika dia telah meminumnya,maka mengelupaslah daging dan kulitnya sehingga menyakitkan ahli neraka.
  "Ingat lah bahawa Peminumnya, penjaganya,penghantarnya dan yang memakan wangnya semuanya terlibat dalam dosanya.
   Allah tidak mahu menerima solatnya, puasanya dan hajinya sebelum mereka bertaubat.
    Jika mereka mati sebelem sempat bertaubat,Allah akan menggantikan seteguk arak di dunia , daengan seteguk nanah jahanam .Ingat,setiap yang memabukkan haram, dan arak itu haram !"
  Sejak kejadian iy\tu, aku berusaha berubah.Aku tinggalkan arak.Aku tinggalkan judi,aku tinggalkan dadah.Aku berhenti meneguk air syaian yang aku minum macam air suam tu.
  Alhamdullilah aku berjaya lakukannya.KIni aku betul2 insaf.Aku bertaubat sebenar benarnya kepada Allah.
  Aku pernah ceritakan apa yang aku alammi ni keapada kawan2 .Tapi ramai yang tak percaya.Ada yang kata aku merepek.Ada yang kata aku gila.
   Biarla apa pon orang nak kata ..Yang pasti aku sedah saksikan seksaan orang minum arak setahun lalu.Aku hanya ingin bagitau,azab seksanya sangat pedih dan menggerunkan.
   "Wahai orang2 yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang2 anak panah adalah(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.. (surah al-Maa'idah : ayat 90 )


carilah kebaikan..


write by me . haha, tapi bahan dari MASTIKA :) renung-renungkan lah, tinggalkan segala yang haram, dan cari lah kebaikan dan keberkatan Allah di dunia supaya mendapat bekalan di akhirat kelak. :D -Zaharina-

3 comments:

  1. whoah!!

    kesahmissnana.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...subhanallah..
    sume amik iktibar..moge kite jauh dr seksaan dan azab yg maha dasyat..amin

    same2 la muhasabah diri..
    trime kaseh untuk perkongsian..

    ReplyDelete

thanks for reading