Wednesday, August 17, 2011

Kudungkan Jari elak kematian.






Wanita muda ini meletakkan jari telunjuk kirinya di atas papan pemotong.Tangan kanannya sudah sedia memegang kapak ,Kapak di tangan dan...
  Zappppppp !!
   Jari telunjuk wanita muda itu terpelanting di lantai.Darah memancut dan memercik  di sana sini.Namun wanita muda tu tak panik.
   Walaupun dahinya berkerut menahan sakit, dia segara mengambil sehelai kain lalu membalut jarinya yang kudung tu.
    Sebenarnya wanita muda tu bukan sekadar suka suka memotong jai telunjuk kirinya.Sebaliknya,dia berbuat demikian sebagai tanda terlalu sedih akibat kehilangan adiknya yang baru meninggal dunia.
   Budaya ni masih diamlakan oleh segelintir golongan  masyarakat di daerah pergunungan di Papua di Indonesia.
 
  
 Apabila salah seorang anggota seperti ayah, ibu,anak, suami atau isteri meniggal dunia,salah seorang ahli keluarga dipilih untuk memotong jarinya sebagai lambang kesedihan dan kepedihan akibat kehilangan orang yang disayangi.
   Selalunya mereka yang dipilih untuk mengorbankan jari dari kalangan kaum ibu atau orang paling tua dalam keluarga tersebut.
   Salah satu jari mereka akan dipotong bukan sekadar melambangkan kesedihan,tetapi turut dianggap sebagai pencegah agar tiada lagi anggota keluarga yang akan hilang nyawa.
   Adakalanya, seseorang wanita Papua boleh hilang lebih daripada sebatang jari apabila berlaku kematian melibatkan ahli keluarganya.
   Ada juga metode mengikat jari yang hendak dikorbankan menggunakan seutas tali.
   Jari tersebut diikat dengan kuat dan dibiarkan beberapa minggu sehingga mati dan akhirnya lebih mudah untuk dipotong.
  Moni,seorang ibu dari salah satu suku kaum di kawasan tersebut menceritakan ,jari kelingkingnya digigit sehingga putus oleh ibu kandungnya semasa dia masih bayi.
  Ibu Moni berbuat demikian lantaran dua orang anaknya meninggal dunia,sebelum Moni lahir.
   Jadi,sebaik dilahirkan,ibunya membuang jari kelengkeng Moni sebagai tanda mencegah kematian seterusnya setelah anaknya telah dewasa dan berkahwin nanti.
   Ibu Moni percaya bayinya tidak akan menerima nasib malang seperti kakak dan abang Moni yang telah meninggal dunia pada usia muda.
   "Hasilnya,saya berjaya menggembirakan ibu dengan kehadiran ramai cucu dan cicit untuk menggembangkan zuriat keturunan kami," cerita Moni.
   Hanya segelintir masyarakat minoriti di bahagian pendalaman Papua yang masih mengamalkan budaya potong jari apabila berlaku kematian dalam keluarga akibat dihakis kepercayaan agama dan arus permodenan.
   Kesan yang masih dapat dilihat sehingga hari ni segelintir golongan tua yang cacat akibat budaya itu tetapi tetap meneryskan sisa-sisa kehidupan dengan jari tangan kudung.


HAHAHHAHAHA, gila kot ? = ="

write by me, bahan dari mastika. so, bersyukurla kita tak lahir dalam keluarga yang macam ni, kalau tak, mesti dah kudung -kudung dah jari kita. Alhamdullilah ! :D ok, Assalamualaikum and peace bumi ! ;)

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul la tuu, haha, dah kepercayaan diorang macam tu, nak buat camne kan ? ;)

    ReplyDelete
  3. kepercayaan karut betul....ish ish...

    ReplyDelete
  4. a'ah, karut dan membahayakan diri sendiri, :(

    ReplyDelete
  5. huhu. seram je tgk.

    mau xdak jari la ninggal nanti.

    ReplyDelete
  6. hahaha, kepercayaan diorang ni mmg pelik sikit xD

    ReplyDelete

thanks for reading